❤FolloW me❤

Saturday, October 21, 2017

Nurkilan Hati - 21st OCt 2017

Rasa...
Bercerita tentang rasa,
Akan hati yang inginkan satu rasa,
Rasa yang membuatkan hati dikuasai oleh satu RASA..

Hati...
Bercerita tentang hati...
Hati yang inginkan rasa dimiliki,
Namun mungkin belum tiba masanya lagi,
Menunggu walaupun bukan dalam sepi,
Ada dia yang menemani,
Setiap langkah DIA dan dia iringi,
DIA dan dia selalu di HATI.

Yang,
Yang meminta itu dia,
meminta untuk diberi masa untuk bersedia,
Katanya berikan dia masa,
Hakikatnya dia sudah bersedia,
Inginkan rasa berkongsi cerita hidup yang sama
tapi hati menidakkannya,
katanya biar dia capai cita-citanya,
Bila masanya tiba,
Aku dan dia akan bersama.


Redha..
DIA yang lebih mengerti,
dan DIA mendengar akan rintihan hati,
Kun Fayakun, itu yang selalu meniti dibibir dan dihati.
Mungkin masanya akan tiba nanti,
Masa yang dimana nanti,
DIA akan kabulkan dimana aku dan dia
diikat dengan satu tanda yang di Redhai,
Tanda yang diredhai Illahi.

_________________________________

Dia,
Mungkin bukan yang pertama,
Mungkin tidak seromantis akan jejaka lain,
Jarang ditunjuk rasa hati yang menyayangi,
Jarang disebut rasa cinta...
Hingga terdetik rasa hati,
bahawa diri tak disayangi,

Tapi,
Dia... pandai bermain kata,
Walaupon gerak tubuhnya kaku,
Bahasa pula baku,
Tapi dari redup matanya,
Aku tahu... aku belahan jiwanya



Chek Atien
21th Oct 2017, Saturday


❤Dah baca, cuba la komen lak. tQ❤

Saturday, July 22, 2017

I'm here again.. today..2017, July 22nd

Assalamualaikum...

Kembali lagi ke ruangan ini setelah sekian lama menyepikan diri.

Seriously, start sahaja kerja, kau punya life macam dah tinggal "0"

Pergi kerja, balik kerja. Hujung minggu kat rumah, kalau rajin, keluar jenjalan, hang out with family / friends.. kalau tak, mereput je la kat rumah.

Btw, nak cerita...

Finally, i da dapat lesen kereta awal bulan lepas.. then kereta otw nak berjumpa tuan dia.
hihihi.. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah s.w.t bagi.

Walaupon kerja stress bagai nak mampooooosss.... dapat gak la merasa kereta sebijik.

Walaupon x mahal, tapi still x murah.. hehehe

******

Oh my.. i just realize, last entry 6th january 2016... and now already July 22nd, 2017.

Setahun lebih.... seriously.... huhuhuhu... memang bersawang.. berhabuk gila blog aku!

huhuhu......

******

Tahun ni.. boleh la.. nak aktif berblog balik.. tapi cerita dia.. ikut suka hati nak cerita ape..hehehe

::ni update blog masa tgah keje.. fuh.. nasib ari sabtu.. kalau x, kena fire dengan bos aku::

❤Dah baca, cuba la komen lak. tQ❤

Wednesday, January 6, 2016

Jangan Biarkan Blog Bersawang!

Assalamualaikum....
selamat pagi....
update blog ciket ari nie...
 tajuk kat atas x kena langsung..kan? hihihi

btw.. Selamat tahun baru... tak terlambat lagi kan?hehehe
umur pon da baru...24 tahun (by year)...muda lagi kot...
sekarang ni da last semester.... tengah musin final sekarang ni..
next paper 14hb (petang) and 15hb (pagi)..
aku dah nampak kegilaannya disitu since skrg ni aku tengah bermalas-malasan lagi...

LIST  

13hb Januari : Presentation LI
14hb Januari : Paper food processing (petang)
15hb Januari : paper Special topic (pagi)
19hb Januari : VIVA
27hb Januari : submit hardcover..

ok.. untuk aku punya FYP.... masih sibuk analyze data sedangkan orang lain da sibuk writing...
apekeheeee???? aku sedang menggila sekarang ni..menggila dgn data heavy metal aku...
doakan aku moga dpt habiskan pelajaran aku sem ni ya.... x larat da...
SUSAH NAK DAPATKAN SEGULUNG IJAZAH.... ayat tu aku selalu ulang sejak buat FYP ni..
huhuhu...

btw.. ari ni moh kita memasak lagi....
ari tu aku try buat cheesekut.. alhamdulillah,buah hati kesayangan hamba cakap sedap...
minggu lepas buat puding trifle, pastu kena puji lagi....kembang semangkuk la akukalau bab-bab kena puji nie.... hahaha... :D
hari ni, kita buat puding trifle lagi...
nanti aku update lagi pasal bnda tu...
now...chaw  dulu..
take caresemua. jgn rindukan aku...
puihh.... :p konon ada nak rindu kat hang!!

❤Dah baca, cuba la komen lak. tQ❤