❤FolloW me❤

Sunday, March 20, 2011

~tanggungjawab suami dan isteri...~

post kali ni aku tujukan pada seorang sahabat aku yang semalam excited sangat nak berdebat ngan aku... hehehe.... ada ke dia tak nak kawen??? isk3.....
orang sana, tengok2kan la post orang ni yerk lau ada masa..... huhuhu.....


Tanggungjawab Suami
  1.  Menyediakan mahar untuk isteri.         
  2.  Menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak.
  3.  Memberi nafkah, makanan dan minuman, pakaian, alat-alat keperluan dan sebagainya mengikut yang perlu.
  4. Memberi nafkah batin dan layanan baik kepada isteri.
  5. Adil kepada isteri-isteri sekiranya berpoligami.
  6. Memberi didikan agama sekiranya isteri tidak mengetahui atau tiada pengetahuan terutama tentang soal-soal ibadat dalam fardu ain.
  7. tidak mendedahkan sebarang keaiban atau rahsia rumah tangga kepada orang lain yang boleh menjatuhkan
  8.      maruahnya.

Tanggungjawab Isteri
  1. Mentaati suami dalam sebarang perkara yang tidak mendatangkan kemungkaran atau maksiat kepada Allah.
  2. Memelihara kehormatan diri dan maruah suami.
  3.  Memelihara harta benda suami, menguruskan rumah tangga, serta mendidik anak-anak dengan sempurna.
  4. Tidak membenarkan orang yang tidak disenangi oleh suami masuk ke dalam rumah.
  5. Tidak keluar rumah tanpa mendapat keizinan daripada suami.
  6.  Merendahkan suara apabila berkata-kata dengan suami.
 Hak Dan Tanggungjawab Bersama Suami Dan Isteri
jadilah suami yang soleh yang menjaga kebajikan isteri juga kebajikan ibubapa di kedua belah pihak bukannya suami yang hanya tahu mencari nafkah tetapi tidak pandai menjaga hati dan kebajikan keluarga.....

tanggungjawab bersama
  1.  Bersifat amanah. Suami isteri hendaklah saling mempercayai dan tidak boleh khianat mengkhianati.
  2.  Berkasih sayang dan saling hormat antara satu sama lain.
  3.  Berakhlak dan bersopan santun, lemah lembut dalam pergaulan, saling menghargai dan menghormati.
  4.  Suami isteri berkewajipan memelihara hubungan baik antara ibu bapa serta ahli keluarga kedua­-dua belah pihak.  
  5. Memberi kasih sayang dan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak.
  6. Mempertahan dan memperkukuhkan kerukunan rumahtangga.

❤Dah baca, cuba la komen lak. tQ❤

No comments:

Post a Comment

♥Budak Chubby mintak Comment♥