❤FolloW me❤

Saturday, April 16, 2011

~sombongkah aku?~

SOMBONGKAH AKU?

Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkas dari mu?
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan dari mu berlagu tidak berjawab?
Ya, aku memang sombong
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua
Tapi hanya padamu, lelaki ajnabi yang tidak halal buatku
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual dengan mu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?
Kau bukan suamiku, perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada tanyalah imanmu sendiri wahai teman
Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka ALLAH yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan
Aku tidak peduli
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandangan mu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku
Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yan menjadikan kau dan aku
Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
Sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang behak keatasku kelak
Hanya untuk suamiku, cinta halal bagiku

❤Dah baca, cuba la komen lak. tQ❤

No comments:

Post a Comment

♥Budak Chubby mintak Comment♥