❤FolloW me❤

Friday, December 9, 2011

andai itu takdirnya


ya ALLAH ya RAHMAN ya RAHIM.... andai sudah tersurat di dalam takdir bahawa dia tercipta untuknya, aku redha menerimanya... ya ALLAH, jika sudah ditakdirkan dia berkongsi hidup dengannya, kau berkatilah hidup mereka hingga kehujung nyawa mereka... semaikanlah rasa kasih dan kesetiaan dihati mereka... semaikanlah kebahagiaan dihati mereka...
ya ALLAH, sungguh berat untuk aku menerima semua ini, namun apakan daya seandainya seruan jodoh sudah memanggilnya... ya ALLAH, aku begitu menyayanginya... begitu menyayanginya... terlalu menyayanginya kerana dia 'umi'ku... ya ALLAH, sepanjang hidupnya inilah yang pertama dan yang terakhir dia meminta... KAU mudahkanlah jalan mereka ya ALLAH.
ya ALLAH, yakinkanlah aku dengan pilihannya kerana aku tidak sanggup melihat penderitaannya setelah mahligai itu dibina... ya ALLAH, aku mohon, berikanlah yang terbaik untuknya...
ya RAHIM, kau lembutkan hati ayahku menerima pilihannya.... permudahkanlah semuanya ya ALLAH... dia berhak mendapat kebahagiaan itu....
ya RAHMAN ya RAHIM, janjikanlah kebahagiaan dalam hidupnya... aku mohon ya ALLAH.... sesungguhnya kau yang mendengar dan memahami isihatiku......


❤Dah baca, cuba la komen lak. tQ❤

No comments:

Post a Comment

♥Budak Chubby mintak Comment♥