❤FolloW me❤

Tuesday, January 24, 2012

CINTA KITA (3)



Haikal melajukan langkah menuju ke kelas. Ramai yang tiada di kelas kerana masing-masing berpusu-pusu menuju ke kantin untuk mengisi tangki perut yang telah kosong. Dia melihat Nuril yang termangu di tempatnya. Terbayang wajah-wajah yang sugul tadi setelah bergaduh dengan gadis itu. Datang rasa marah dalam dirinya.
“You should mind you language with kanda! Can’t you talk politely with them?,” Haikal terus menyerbu dengan marahnya tanpa salam. Nuril semakin hari semakin hilang tatacara seorang Puteri di Raja.
“Yang awak tiba-tiba masuk marahkan saya ni apasal? Ikut suka hati sayalah! Mereka kanda saya!,” Nuril bangun dan bercekak pinggang. Dua tiga orang rakan sekelas mereka yang tidak pergi ke kantin menuntas pandang ke arah mereka.
“Yes! They’re your brothers but you forget something! They’re my brothers too. Keep it in your mind Risha! They came to see you coz they concerned about you! Where’s your manner as a princess? Ayahanda and bonda never taught you to be so rude!” permukaan meja di hentak kuat. Nuril mencerlungkan mata.
“You’ve no right to teach me or to remember me about my manner!,” jerkahnya.
Tahirah mencuit bahu Shirah ditepinya. Shirah mengangkat kening.
“Nuril puteri ke?,” soalnya ingin tahu. Matanya masih memandang ke arah Nuril dan Haikal.
“Dari apa yang aku dengar tadi, betullah kot!” mereka saling berpandangan sambil menelan liur. Setelah sekian lama membeku, mereka melihat Nuril melarikan diri ke luar kelas. Haikal pula dilihat menyaut jemari pada rambut perangnya yang ikal. Mungkin tertekan setelah bergaduh tadi.
“Damn!!” terangkat sedikit bahu mereka bila suara kuat Haikal menerjah ke telinga mereka.

Seminggu berlalu…

Danny cuba menumpukan perhatian pada taklimat yang diberikan oleh Zarul mengenai maklumat sulit En. Naim dan Jacky. Namun semua itu sia-sia. Dia tiada perasaan untuk mendengarnya. Semuanya kerana Puteri Risha. Selebihnya dia terasa tidak sedap hati semenjak bergaduh dengan isterinya itu. Terasa seperti sesuatu akan berlaku walaupun memang itu sudah dijangkakan oleh pihaknya.
“Sorry, I’ve to go,” Danny terus berlalu tanpa berpaling. Masing-masing termangu melihat tingkah Danny yang jarang sekali berlaku.
“Kenapa dengan Danny?,” soal Tuan Rashid.
“Not in mood, sir. Danny bergaduh dengan Puteri Risha seminggu yang lepas,” jawab Malissa. Dia turut menyaksikan pergaduhan mereka seminggu yang lepas. Dia juga terkejut melihat Danny menampar Puteri Risha dihadapan rakan-rakan sekelasnya. Dia tahu Danny menyesal dengan tindakannya.
“It’s okay. Please  proceed Zarul,” Zarul mengangguk.


Danny pulang ke rumah sewanya hampir jam 11 malam. Dia menghempaskan tubuh di atas sofa.
“Baru balik Danny?,” Danny membuka mata melihat Tarmizi yang berdiri dihadapannya dengan gelas ditangan.
“Yup,” jawabnya pendek. Tarmizi mengambil tempat di sebelah sofa yang di duduki Danny. Dia mencapai remote di atas meja lalu ditekan punat merah. Televisyen mula menyala. Dia mengerling ke arah Danny.
“Kau ni kenapa? Dah seminggu aku tengok kau asyik monyok je. Macam orang mati bini. Kau ada masalah ke?,” Danny masih lagi berdiam diri. Dia malas bersuara. Di ruang matanya kini terbayang wajah Puteri Risha. Dadanya berdetak tidak enak. Kalau dia menghubungi isterinya itu, belum tentu dia mengangkat.
“Kau rasa patut ke tak aku call dia?,” Tarmizi mengerut dahi mendengar soalan yang baru keluar dari mulut Danny.
“Kau nak call siapa?,” Tarmizi menyoalnya kembali.
“Risha. Er.. maksud aku Nuril,” Danny mengerut dahi.
“Kau tak berbaik lagi dengan minah tu?,” Danny menggeleng kepala.
“Cubalah call. Mana tahu dia angkat,” Tarmizi malas menyoal panjang. Danny mengikut saranan Tarmizi. Kali kedua dia mendail barulah di angkat.
“Hello”
“Hello, ni Haikal ke?,” Danny mengeluh perlahan. Bukan suara Puteri Risha yang didengarinya tetapi roommate gadis itu. Selalu saja gadis itu menggunakan helah ini untuk mengelakkan diri dari bercakap dengannya.
“Yes. It’s me. Where’s Nuril?”
“Saya tak tahu dia ada kat mana. Pukul 8 tadi dia keluar ke tandas sampai sekarang dia tak balik bilik,” Danny berdiri pantas. Terkejut Tarmizi melihatnya. Muka Danny cemas.
“Awak dah check kat toilet? Bilik-bilik yang lain?,” soalnya kalut.
“Dah. Semua tempat kami dah cari tapi kami tak jumpa Nuril. Selalunya dia tak macam ni. Sekarang ni dah lewat. Kami takut kalau terjadi sesuatu pada dia”
“Ya ALLAH. Apa dah jadi ni. Macam ni, kalau dapat apa-apa berita pasal dia, inform pada saya. Faham?,” Danny terus mematikan talian. Dia menekan nombor yang lain pula.
“Malissa, kau kat mana?,” terjahnya tanpa salam.
“Kat APD la. Kat mana lagi”
“Aku baru dapat berita dari roommate Puteri Risha yang dia tak jumpa Puteri dari pukul 8 lagi. Kau tolong inform APD pasal ni. Aku akan kumpulkan ahli-ahli kita kat sana. Jangan lupa call polis. Kita perlu geledah asrama tu malam ni juga. Catch you later!,” melopong mulut Tarmizi mendengarnya.
“Kenapa ni Danny? Apa dah berlaku?,” soal Tarmizi ingin tahu.
“Something happen,” Tarmizi tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan. Dia ingin bertanya lagi tetapi bila melihat Danny cuba menghubungi seseorang sekali lagi, dia mematikan niat.
“Kanda, Puteri dah hilang. Mereka dah bertindak. Okay, Danny jumpa kanda dekat asrama Puteri,” Danny memandang Tarmizi.
“Kau nak ikut aku?,” Tarmizi mengangguk. Dia berlari mendapatkan Danny yang sudah berlari seperti lipas kudung. Nasib baik asrama Putri tidak jauh dari rumah sewa mereka. Bila mereka sampai di sana, sudah ramai ahli APD yang berkumpul dihadapan asrama itu.
“Putera Daniel,”  Danny mengangguk.
Report!,” tegasnya. Dia cuba bersikap formal untuk seketika.
“Semua pelajar telah diminta berkumpul diperkarangan. Kami hanya menunggu arahan Putera untuk bertindak. Unit forensik sudah bersedia untuk bertugas,” Danny mengangguk.
“Kita bertindak sekarang. Periksa betul-betul. Tanda di mana tempat yang pernah dituju Puteri sebelum hilang seperti yang diberitahu oleh sahabatnya. Jangan tertinggal walau satu maklumat. Faham?”
“Yes sir!” mereka mengangkat tabik.
“Make a move now!” Danny mula mengorak langkah tapi di halang oleh Tarmizi.
“Apa dah berlaku ni Danny? Aku makin tak fahamlah dengan kau ni!,” bentak Tarmizi.
“My wife was kidnapped by someone. We’re from royal family. I’m here in a mission to protect my wife from the kidnapper. They take action early than we expect. I’ve no idea where’s she right now. That’s why we want rummage around for any sign the kidnapper left for us. Honestly, I’m worry. I can’t think anymore,” Danny meraup muka beberapa kali. Kesal kerana tidak dapat menjaga Puteri Risha dengan baik. Tarmizi pula melongo. Banyak rahsia yang telah dibongkarkan Danny kepadanya.
“Sabar ya Danny. InsyaALLAH Nuril selamat,” bahu Danny ditepuk beberapa kali. Danny mengangguk. Apalagi yang dia boleh buat selain dari bersabar.
“Danny!,” Danny dan Tarmizi berpaling ke belakang.
“Lissa,” lemah saja suaranya.
“Any sign?,” soal Malissa sebelum matanya beralih pada Tarmizi.
“Eh Mizi. Buat apa kat sini?,” Tarmizi menunding jari pada Danny. Malissa mengangguk faham.
“What should I do Lissa?” Malissa melihat muka pucat Danny.
“Kau tak sihat ke Danny?,” Malissa tidak menjawab pertanyaan Danny malah ditujukan soalan pula.
“Puan!,” Malissa memandang wajah Mirul yang berdiri tegak dihadapannya.
“Jumpa apa-apa ke?”
“Kami terjumpa klorofom dan jarum suntikan dalam tandas. Ada kesan serekan pada lantai tandas. Sebilas pisau di atas mangkuk tandas. Er…,” mata Mirul melirik pada tubuh Danny.
“Teruskan Mirul”
“Terdapat kesan darah yang dibersihkan,” Danny sudah jatuh terduduk. Terkejut mendengar laporan yang disampaikan.
“Danny!,” Tarmizi cuba memapah Danny bangun.
“Seseorang dalam dorm ni terlibat. Kau tahan mereka semua. Jangan bagi walau seorang pun terlepas,” dalam keadaan lemah, Danny masih sempat mengarahkan sesuatu. Malissa memberi persetujuan pada Mirul untuk bertindak mengikut arahan yang diberikan Danny.
“Danny, aku yakin Puteri selamat. Kau mesti kuat. Pada siapa lagi dia nak bergantung harap kalau kau sendiri lemah macam ni. Kau mesti kuat demi isteri kau,” Danny mengangguk. Dia beristigfar beberapa kali cuba memanggil kembali semangatnya yang hampir hilang tadi. 

~Bersambung~

❤Dah baca, cuba la komen lak. tQ❤

No comments:

Post a Comment

♥Budak Chubby mintak Comment♥