❤FolloW me❤

Thursday, January 12, 2012

moral story



Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat
panggilan kecemasan dari pihak hospital.. dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.. apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
... ... ... ...
"kenapa kamu ambil masa yangg lama untuk datang..?? kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke..??" 
doktor tersebut tersenyum dan berkata : "saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang.. jadi, saya dapat buat kerja saya.."
"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik tu sekarang nie, bolehkah kamu bertenang..?? kalau anak kamu mati sekarang nie apa yang kamu buat..??" kata si ayah dengan marah..
si doktor tersenyum lagi dan berkata :
" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yang suci
" drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali".. doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang.. Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."
"memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang..!" kata si ayah..
pembedahan tu mengambil masa 
beberapa jam..
tak lama kemudian, si doktor keluar dengan gembira..  "alhamdulillah..anak anda selamat..!"dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah 
"kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"
"kenapa doktor tu sombong sangat..?! tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya..?!" komen si ayah selepas melihat jururawat..
jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :
"anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya. Dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."
 Moral : Never judge anyone
because you never know how their
life is & what they're going
through..."

❤Dah baca, cuba la komen lak. tQ❤

No comments:

Post a Comment

♥Budak Chubby mintak Comment♥