❤FolloW me❤

Monday, January 9, 2012

syarat-syarat nikah





sekadar berkongsi ilmu...
huhuhuhu...
kali nie jauh sikit lari dari diri aku yang sebenar... duk asyik dengar orang nak kahwen nih, aku pon terpanggil la tuk tulis entri nih....
nikah kahwen... satu benda yang bukan maen2 lagi dah... x macam dulu2 masa kecik2 maen kawen2 ngan jiran sebelah... 
time da besaq nih, nikah kawen bukan lagi maen2...
kawen nie 1 ibadah yang dituntut jika seseorang itu berkemampuan....


Menurut Saidina Abbas r.a, bahawa tidak sempurna ibadat seseorang kecuali apabila ia sudah berkahwin. Saidina Abbas lebih cenderung untuk meletakkan perkahwinan itu sendiri merupakan suatu ibadat, ataupun ia dikira sebagai suatu kesempurnaan bagi perlaksanaan ibadah. 
Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja, lalu beliau berkata kepada anak-anak remajanya itu:  


"Wahai anak-anakku, jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka beritahulah kepada ku, InsyaAllah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu., Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina maka ketika    itu Allah SWT cabut iman mereka dari hatinya." 

Rasulullah juga menjelaskan di dalam hadithnya yang bermaksudkan:

 "Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seseorang yang datang meminang, jika kamu dapati laki-laki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya." 



tengok hadis kat atas, rasanya aku boleh kasi kat ayah aku kot..hikhikhik... gatai....
back to the topic...
macam aku cakap tadi.. nak kawen nie bukan senang.... kena pK macam2.... ada hukum2nya...
nie smua aku cedok dari pengantin.com....
da kata nk berkongsi kan....huhuhu



Rukun Nikah 
Rukun nikah ada lima: 

  • Ada calon suami yang sudah tertentu.
  • Ada calon isteri yang sudah tertentu.
  • Mesti ada wali
  • Ada dua saksi.
  • Ijab dan kabul.

Syarat-syarat Suami 

  • Islam.
  • Suami mesti orang yang halal nikah dengan perempuan yang akan dinikahinya.
  • Calon suami mesti nyata seorang laki-laki.
  • Suami mengetahui dan mengenal nama perempuan calon isterinya dan mengenal nama ayahnya.
  • Suami bukan di dalam ihram.
  • Sama ada ihram haji atau ihram umrah.
  • Calon suami tidak mempunyai isteri lebih tiga orang ketika menerima kabul.

Syarat-syarat Isteri 

  • Islam.
  • Calon isteri mestilah perempuan yang halal nikah dengan calon suami.
  • Perempuan calon isteri bukan dalam waktu ihram. Sama ada ihram haji atau umrah.
  • Calon isteri nyata tidak punya suami (bukan isteri orang).
  • Calon isteri sudah tentu orangnya.
  • Calon isteri nyata seorang wanita.

Syarat-syarat Wali 

  • Islam.
  • Laki-laki.
  • Baligh.
  • Berakal sihat.
  • Atas kemahuan sendiri.
  • Adil (tidak fasik). Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Nikah tidak sah kecuali dengan adanya wali yang mursyid (adil)".
  • Wali bukan dalam keadaan ihram, sama ada ihram haji atau umrah.
Selain ada wali, nikah juga memerlukan dua orang saksi. Wali menikahkan (mengijabkan) dan 
saksi menyaksikan pernikahan itu. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak 
sah nikah kecuali ada dua orang saksi yang adil, nikah yang tidak demikian (tidak ada 
wali dan dua orang saksi) adalah batal". 

Syarat Saksi 
  • Islam.
  • Laki-laki.
  • Berakal sihat (tidak gila).
  • Dikehendaki yang sudah baligh.
  • Dapat melihat (tidak buta)
  • Dapat mendengar.
  • Merdeka (bukan hamba abdi).
  • Dapat bercakap.
  • Saksi dikehendaki dapat memahami ijab dan kabul.
  • Saksi hendaklah bukan orang yang boleh menjadi wali bagi siperempuan yang akan nikah.
  • Adil (tidak fasik).


Ijab Dan Kabul 

Ijab ialah lafaz yang diucapkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang dinakahkan kepada pengantin laki-laki. Contoh lafaz (sighah) ijab: "Saya nikahkan engkau dengan anak saya bernama ......... binti ...... dengan maskahwin sebanyak ....ringgit tunai". 
Kabul ialah lafaz yang diucapkan oleh pengantin laki-laki selepas wali mengucapkan ijab. Contoh kabul: "Ku terima nikahnya dengan maskahwin ......ringgit tunai". Kalau maskahwin tidak berupa wang , sebutkan jenis atau nama barangnya. 

Syarat-Syarat Ijab Kabul 


  • Ijab mesti menggunakan lafaz 'ankahtuka' (aku nikahkan engkau) atau lafaz 'zawwajtuka'(aku kahwinkan engkau) tidak boleh menggunakan kata-kata yang lain umpamanya: "Aku ikat engkau atau aku jodohkan engkau dan lain-lain".
  • Ijab hendaklah diikuti kabul oleh pengantin laki-laki dengan segeranya.
  • Ijab dna kabul hendaklah didengar dan difaham oleh dua saksi.
  • Ijab dan kabul tidak boleh bertaklik (penggantungan pada sesuatu kejadian). Contohnya:"Bila anak perempuanku telah ditalak dan habis masa iddahnya, maka sungguh saya kahwinkan dengan engkau".
  • Ijab dan kabul tidak dihadkan masanya. Umpamanya si wali berkata: "Kunikahkan kau dengan anakku bernama ...... dalam masa 10 tahun". Nikah semacam ini tidak sah sekalipun dalam masa yang sangat panjang, kerana terjadi seperti nikah Mut'ah.
  • Ijab mesti ta'yin' yakni mesti disebutkan nama anak perempuan yang dinikahkan. Tidak boleh dengan lafaz:Kunikahkan engkau dengan salah seorang anak perempuan saya".Ijab semacam ini batal.




Mahar 

Mahar (maskahwin) adalah harta yang diberikan oleh pihak suami kepada suami kepada isteri di waktu nikah. Maskahwin boleh diberikan di waktu akad nikah atau selepasnya. Pemberian maskahwin adalah wajib bagi suami tetapi ianya tidak menjadi rukun nikah. Akad nikah sah walaupun tanpa menyebut-nyebut masalah maskahwin, tetapi sunat disebutkan pada waktu akad nikah. 
Kadar Maskahwin 
Tidak ada ketentuan berkenaan dengan besarnya maskahwin. Kedua belah pihak boleh menentukan sendiri banyaknya maskahwin mengikut kemampuan calon suami. Dalam Islam digalakkan agar maskahwin itu seringan mungkin kerana itulah yang terbaik. 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sebaik-baik wanita adalah yang paling ringan maskahwinnya." 
Pada hadis lain disebutkan: "Mas kahwin yang terbaik adalah yang paling ringan". Para ulama telah sepakat bahawa maskahwin tidak ada batas maksimanya, boleh berapa saja asalkan dapat dirunaikan oleh suami. Namun begitu, keberkatan terletak pada keringanan dan kemudahan. 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Andaikan seorang suami memberi maskahwin kepada isterinya berupa makanan sebanyak dua genggam tangannya itu sudah halal baginya". 
Ketika seorang sahabat akan berkahwin, namun tidak punya apa-apa untuk dibuat maskahwin, Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: Ertinya: "Cuba kau cari walaupun hanya sebentuk cincin besi". (H.R.Muslim) 
Betapa Islam sangat meringankan masalah mas kahwin, tujuannya agar tidak menghalang seseorang untuk berkahwin.

nampak cam senang kan? huhuhu... tapi hakikat yang sebenar, orang yang alaminya saja yang taw....


❤Dah baca, cuba la komen lak. tQ❤

No comments:

Post a Comment

♥Budak Chubby mintak Comment♥