❤FolloW me❤

Monday, June 18, 2012

Cinta Monyet?!!


CINTA MONYET

ni cerita cinta zaman umur tak cukup matang lagi…. Sekarang da matang ke? Hikhikhik…. Cinta monyet antara A and B-, si jejaka dari Kampung XXX, YYY, Kuala Terengganu. Uiks… macam mane A bley kenal ngan mamat dari Besut nie??.... meh sini nak cite….. hehehe….
Tingkatan dua… agak2 la kan umur A baru berapa belas tahun masa tu. 14 tahun do…hahaha… alkisahnya bermula bila A nie, budak-budak baru je nak kenal erti memiliki handphone sendiri. Dengan duit biasiswa yang A dapat masa sekolah, A mula la beli phone Nokia 3500. Ceh! Ape kelas guna Nokia 3500. hahhaa… ala, time tak berapa nak matang agi..memang la kan…sebelom tu A guna handphone lama… entah phone zaman mane entah..lepas setengah bulan A guna phone + sim baru, satu malam akak A guna phone A coz dia da kehabisan kredit. Dia mesej ngan mamat yang bernama C+ ni pakai nombor A. A biarkan aje walaupun lam ati rasa keikhlasan pada awal-awalnya mula pudar sedikit demi sedikit. Kredit A tu sis. Dah la nak dapat guna phone tu susah nak mampus. Sesedap hati jer dia guna A punya phone mesej ngan member dia. Geram bebetol A time tu. Lepas dia sudah mesej, dia cakap..
“A, lau kawan aku mesej ko jangan balas taw!,” A angguk je la tapi lam ati…faham2 je la kan. hehehehe
Malam esoknya, kawan si kakak A tu mesej. A pon, spesis yang gatal tangan sejak dapat guna phone nie terus balas.
“Nie adik dia. Mesej la kat nombor akak,” then tekan butang send. Ingatkan cerita abis kat situ je. Melarat duk mesej ngan lelaki yang bernama C+ tu sampai la ke larut malam and hari-hari selepasnya. Suatu malam yang sunyi… ada la satu no0mbor naik. Unknown number…
“Hai, bleh kenal?” pelik bebenor A time tu. Sape pulak makhluk sesat nie? Setahu A tak dak sapo pon yang tau nombor A.
A pon balas…
“Sape nie?”
“B-”
“B- mane pulak nie? Saya knal awk ke?” dalam kepala duk berfikir probability siapakah mamat yang bernama B- itu.
“sy kwn C+. Bley x sy nk knal ngan awk?”
“Abg C+?”
“ye..bley tak?” dengan suka dan relanya A pon berkawan la ngan dia..
Form3… genap la setengah tahun A kenal ini mamat. Jadi abang angkat A la konon.. abang angkat sampai terangkat… kes A ter’couple’ ngan dia  ni berlaku pada satu petang… waktu tu A gaduh gila-gila ngan si dia nie. Tahap dah tak nak kawan. Pastu, A pun keluar p kedai akak ipar A. Datanglah D, anak sepupu A yang sama umur ngan A. Dia tanya..
“A, mu kenal dop no 014807####,” saat itu A dah terkelu. Rasa nak menjerit pun ada. Air mata dah menitis sedikit.
“B-. Aku balik dululah,” A pun menapak pulang. Sambung menangis kat rumah. Cengeng betul A masa tu.
Magrib petang tu, A pergi rumah D. Telefon dia, A pinjam. Hajatnya nak menyamar tapi tak menjadi. Dia cam cara A mesej. Dia tanya A kenapa A tutup phone dan dia arahkan A balik, on balik phone. A yang menurut perintah, balik ke rumah. Puas meluah perasaan dalam phone tu, automatic jadik couple. Hahahaha….childish…
Hubungan itu berlangsung sampai A form5. Tapi jodoh tak panjang. A break dengan B- dekat nak SPM sebab pada suatu malam, ada seorang perempuan angkat phone dia and dia cakap adik kepada B-. Ingat A nak percaya ke? Kali kedua A call, B- yang angkat. Dia cakap perempuan itu tunang dia. Wah, masa tu memang dah hujan menggila dah. A terus tutup telefon and berlari ke rumah akak A. Menangis kat situ. Hancur lebur hati A masa tu. Dia cakap dah sebulan dia bertunang. Kes dia, sebab A tolak dia masa dia cakap nak mari minta A lepas SPM. A cakap kalau awak nak kahwin sangat, cari perempuan lain. Wah, terlajak perahu boleh diundur maa,tapi kalau  terlajak kata inilah natijahnya. Akhir bulan 1 tahun 2010, dia call minta maaf. Masa tu A membebel juga kat dia, tapi benda dah berlaku. Biarkan saja. A sudah tiada hubungan dengan dia lagi.
Sehari sebelum A mendaftar masuk ke UiTM,pertengahan bulan 6 hari khamis, dia call sekali lagi cakap dia nak kahwin esok (jumaat). Lepas tu A cakap A sibuk. A suruh dia call balik. Sebelum dia sempat balas kata-kata A, A dah letak phone. A mesej kat dia, tahniah. Sekarang awak dengan hidup awak, saya dengan hidup saya. Saya dah ada kehidupan saya sekarang. Moga awak berbahagia dengan dia.  Dia balas tanya A nak ke mana. A jawab, sambung belajar. Urusan saya dah tak bercampur dengan urusan awak. Sekali lagi tahniah. Salam. Dan cerita itu berlalu begitu saja. Memang itu cinta monyet yang takkan A lupa sampai bila-bila. Honestly, A still sayang kat dia. Cinta pertama  A.


❤Dah baca, cuba la komen lak. tQ❤

No comments:

Post a Comment

♥Budak Chubby mintak Comment♥