❤FolloW me❤

Monday, August 6, 2012

annoying




tidak wajar jika "typing error" pada sesuatu post itu dijadikan topik untuk satu perbalahan. kesilapan yg sesiapa sahaja boleh lakukan. anda sendiri pun pernah. jadi tak perlu ada perli-memerli jika ada "typing error" dalam satu penulisan mahupun post, yang menunjukkan anda itu hebat dalam penulisan bahasa melayu sedangkan comment anda itu sendiri tidak betul bahasa melayunya. malangnya masih tega hendak membetulkan bahasa melayu seseorang sedangkan comment anda sendiri, anda menggunakan ayat, perkataan mahupun ejaan yang tiada dan tidak terdapat dalam kamus dewan bahasa dan pustaka. saya menghargai jasa baik anda membetulkan ejaan tersebut tetapi pesan saya, siasat dan lihat dahulu comment2 yang berada atas dari comment anda dimana disitu saya telah membetulkan ejaan tersebut. pada mulanya saya menganggap satu gurauan tetapi comment anda telah mengubah perspektif saya terhadap anda. saya bukan terlalu bodoh untuk menilai di antara perlian dan gurauan. dan anda sendiri sebagai seorang yang 'berpelajaran' , saya kira anda sedar akan hal itu dan tahu dimana perbezaannya. hanya anda sendiri yang mampu memberikan jawapan tersebut kerana anda yang memulakannya.
saya sekadar meluahkan apa yang terbuku dihati saya terhadap anda, dan jika anda tidak mampu menerima teguran saya, ampun maaf saya pinta. sekadar menyedarkan apa perbezaan antara "typing error" dengan tidak pandai dalam ejaan BM, jika anda melihat pada key board laptop/komputer anda, anda sudah ada jawapannya.

❤Dah baca, cuba la komen lak. tQ❤

No comments:

Post a Comment

♥Budak Chubby mintak Comment♥