❤FolloW me❤

Monday, November 12, 2012

Ucapkanlah (4)




Azriq bersandar pada kereta menunggu kehadiran Esha. Dia menilik pakaian yang bersalut di tubuhnya. Seluar jeans biru dipadankan dengan t-shirt polo bewarna merah digandingkan dengan cap merah hitam. Dia nampak ringkas dan bergaya dengan pakaian tersebut. Pandai Esha meneka saiz baju dan seluarnya walaupun lama mereka tidak bersua. Terima kasih, sayang.
“Hei, Azriq! Wah, makin handsome kau ya! Nak pergi mana ni?” bahu Azriq ditepuk kuat Qamar.
“Kau Amar. Ingatkan siapa tadi. Aku nak keluar jap dengan cik puan aku. Dia tengah bersiap,” Qamar turut bersandar pada kereta Azriq. Dia mencebirkan bibir. Dia sudah dapat meneka siapa yang dimaksudkan Azriq.
“Setia nampak!” senda Qamar.
“Mestilah. Buah hati pengarang jantung aku,” Qamar menepuk bahu Azriq.
“Duk lama kat oversea takkan tak ada minah saleh”
“Banyaklah kau minah saleh!”
“Takkan tak ada kot!” Qamar tidak percaya dengan kata-kata Azriq. Tiga tahun di negara orang, takkan Azriq tidak tertarik dengan minah saleh.
“Dalam hati aku hanya ada Esha. Kau soronglah perempuan secantik mana pun, Esha tetap insan yang paling cantik dalam hati aku,” tangan kanannya diletakkan pada dada. Qamar membuat aksi ingin termuntah.
“Sejak bila pulak kau jadi mamat jiwang ni Az? Lain bebenor kawe tengok. Kelik dari UK, terus jadi lagu ni. Pelik bin ajaib!” ketawa Azriq dengan komen Qamar.
“Sejak aku mula merindui intan payung aku”
“Pulak!” Qamar menepuk dahi. Satu lagi ayat jiwangnya.
“Kau ni memang dah parah! Aku pasti tak lama lagi aku akan makan nasi minyak free. Itu aku memang pasti!”
“Amin. Moga masin mulut kau,” Azriq menyapu kedua tapak tangannya pada muka. Selamba sahaja lagaknya.
“Apa yang Az duk aminkan tu?” Esha merapatkan tubuhnya pada tubuh Azriq.
“Sayang dah siap?” Esha mengangkat kening. Tidak berpuas hati selagi Azriq tidak menjawab soalannya. Azriq mengangkat kedua belah tangannya ke atas isyarat menyerah diri. Qamar ketawa melihat gelagat mereka. Memang serasi meraka berdua itu. Kenapalah mereka tidak mahu disatukan apabila disuruh oleh ibu bapa mereka. Keluarga kedua belah pihak sudah bersetuju tapi mereka pula tidak mahu. Kan aku masuk line baru ternganga mulut kau Az. Tu pun kalau si Esha nak kat aku!
“Si Amar ni nak kita kahwin,” Esha tersenyum. Dia ingatkan persoalan ini akan terhenti bila Azriq melanjutkan pelajaran ke luar negara.
“Tak habis-habis dengan perkataan kahwin. Yang kau gian sangat nak tengok kami kahwin ni apasal? Kalau kau nak, kau sendiri pi kahwin,”tempelak Esha. Azriq mengekek ketawa. Lawak dia melihat Qamar dimarahi Esha. Terpinga-pinga muka sepupunya itu.
“Aku pulak kena marah? Kau ni Esha…,” omel Qamar. Esha mengangkat tinggi keningnya.
“Memang padanlah kau orang berdua. Tensionlah aku tengok kau orang ni!” Qamar menggaru kepalanya.
“Woi… habis semua kutu-kutu kau terbang. Tengok-tengoklah sikit,” Qamar membulatkan mata. Geram betul dia dengan sepupu dia ini. Tidak pernah habis ayat untuk menyakatnya. Azriq tidak henti-henti ketawa.
“Dahlah sayang. Menangis pula dia nanti. Jom,” Azriq menarik tangan Esha ke kereta. Qamar menunjukkan penumbuknya. Esha dan Azriq, perangai sama saja. Dua kali lima. Selalu mengusiknya. Padanlah mereka berdua.
“Aku pi dulu Mar,” Azriq mengangkat tangan sebelum berlalu. Qamar mengangguk.

~Bersambung~

 


❤Dah baca, cuba la komen lak. tQ❤

2 comments:

  1. Banyak ngat widget kat blog dia nih. Nak tinggal chat pun payoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... doh kiter minat berwidget kak syiela ehh.... nk wat gane... :D

      Delete

♥Budak Chubby mintak Comment♥