❤FolloW me❤

Wednesday, February 20, 2013

Bingkisan Hati



Luahan rasa HATI

berat menahan beban,
pada hati yang tak pernah mengerti,
diseret dihempas berkecai di tengah jalanan,
masih tiada yang sudi mengerti,
kehancuran hati yang dibiarkan sepi,
dibiarkan terluka berdarah,
 parah menanti....

mengapa payah untuk dimengerti,
rasa hati yang sarat dengan rasa ingin melindungi...
melindungi hati mereka agar tidak dilukai,
seperti hati ini yang sedia terluka...

namun mereka masih tidak mengerti,
ditambahkan lagi rasa luka,
diheret lagi ke jalan yang sama,
parah terluka lagi.

.....................................................................................

Duhai hati yang sedia terluka,
belajarlah untuk pasrah,
terima setiap apa yang berlaku,
kerana itu ujian yang disediakan untuk kita,
agar hati sentiasa tabah,
menerima ujian yang lebih hebat,
lebih hebat berbanding sekarang.

ini bukan puisi, 
sajak,
pantun jauh sekali...
hanya luahan hati,
yang hanya segelintir sahaja yang akan mengerti.
 
 
 


 
 
 
 

❤Dah baca, cuba la komen lak. tQ❤

2 comments:

  1. hehehe , CP antara yang mnegerti lerr nih , coretan di kala patah hati :P

    ReplyDelete

♥Budak Chubby mintak Comment♥