❤FolloW me❤

Wednesday, January 22, 2014

Ku Seru Cintamu - Bab 1



Telah tiga tahun cerita cinta itu berlalu. Namun tiga tahun masih belum cukup untuk merawat luka yang terpalit dihati Izureen. Tiga tahun masih tidak mampu memadamkan rasa hati yang disemai bertahun lamanya untuk si dia. Walaupun bibir tersenyum, tapi hati tidak seiring. Biarpun doa dikirimkan agar si dia bahagia tetapi tiada keikhlasan yang dikirimkan.
‘Berpura-purakah aku ya ALLAH?’
Setelah tiga tahun mengasingkan diri di negara orang. Hari ini, buat pertama kalinya, dia berdiri kaku di bumi Malaysia. Pertama kali setelah tiga tahun diperantauan, dia berdiri tegak di tanah tumpah darahnya, Terengganu. Dia tidak ingin pulang, tetapi panggilan rindu dari ayah bonda tercinta membuatkan dia kembali ke tanah asalnya. Kerana panggilan rindu itu, dia terpaksa menguatkan hati untuk berjumpa dengan si dia. Pertemuan yang tidak mungkin akan dapat dihalang oleh dirinya.
‘Sudah cukup kuatkan aku untuk berhadapan dengan dirinya?’
 Berhadapan dengan kenyataan yang cuba dinafikannya. Dan kerana kenyataan itu, dia membawa diri ke negara tiga musim kelahiran Lee Dong Hae, penyanyi pujaannya itu. Dia mengeluh lagi. Sudah tidak terbilang untuk kali ke berapa keluhannya ini sejak semalam. ‘Ya Allah, jangan temukan aku dengan dia. Perkenankanlah doaku ya Allah. Perkenankanlah.’
“Izureen Khalisya!” episod hidupnya akan bermula disini. Suara yang memanggilnya itu amat dikenalinya. Rindunya dia pada pemilik suara itu. Dari jauh dia dapat melihat tubuh tua itu berlari-lari mendapatkannya. Rindunya aku pada dia ya Allah. Air mata menuruni pipi. Dia berjalan menghampiri tubuh tua itu. Langkahnya terhenti bila tubuhnya sudah berada dalam dakapan tubuh tua itu.
“Kenapa Lisya tak balik, sayang? Tiga tahun ibu tunggu Lisya. Tiga tahun abah tunggu Lisya. Kenapa Lisya tak balik? Ibu rindukan Lisya. Ibu rindukan Lisya,” muka Izureen dicium semahunya. Air mata anaknya di seka.
“Maafkan Lisya, ibu. Ampunkan Lisya,” tangisannya makin kuat bila terpandang raut wajah abah yang dibanjiri air mata. Abah, seorang insan yang cukup susah mengalirkan air mata, tetapi hari ini, abah mengalirkan air mata. Kerana dirinya. Kerana dirinya yang tidak pulang selama tiga tahun. Berdosanya aku Ya Allah.
“Abah, ampunkan Lisya. Ampunkan Lisya,” pelukan ibunya dirungkai. Dia melutut dihadapan ayahnya.
“Ampunkan Lisya sebab tak balik jenguk ibu dan abah. Ampunkan Lisya, abah,” kedua kaki abahnya dipaut kemas.
“Ya Allah anak abah. Jangan melutut sayang. Bangun Lisya. Bangun,” kedua lengan Izureen ditarik agar anaknya itu berdiri. Tubuh anaknya dipeluk kemas. Satu-satunya anak perempuan tunggal miliknya yang ditatang bagai minyak yang penuh kini kembali ke pangkuannya.
“Abah dah lama ampunkan Lisya. Jangan nangis lagi sayang. Jangan nangis,” air mata diseka.
“Terima kasih ibu, abah,” pipi kedua ibubapanya dicium. Senyuman terhias diwajahnya yang sembab dengan air mata.
“Kita balik ya. Lagi sejam waktu berbuka. Alhamdulillah, Allah kabulkan doa ibu untuk berbuka dengan Lisya di hari terakhir ramadhan ini,” sungguh beribu alunan rasa syukur dipanjatkan oleh Datin Nurin di atas kepulangan anaknya ini. Datuk Anuar mengangguk. Sebelah tangan mengangkat beg baju Lisya manakala sebelah lagi memeluk erat bahu anak kesayangannya.
Izureen merenung ke dada langit. Bintang-bintang berkelipan dan bersinar indah di atas sana bagaikan meraikan hari yang dinantikan oleh umat islam setelah sebulan berpuasa. Alunan takbir raya menambahkan syahdu dihatinya. Tiga tahun dia beraya keseorangan disana tanpa ahli keluarga. Hanya teman-teman yang setia beraya bersamanya. Itupun kerana tidak dapat pulang ke Malaysia, kalau tidak, memang terkulat-kulat dia disana. Kenangan tiga tahun di Korea menjengah diingatan. Teringat pada Tae Won dan Min Hae yang menangis teresak-esak dilapangan terbang Seoul. Tae won, lelaki kelahiran Incheon itu begitu kuat tangisannya sehingga menarik perhatian semua mata. Alahai Tae Won, sabar je la. Puas dipujuk barulah tangisannya reda itupun masih lagi teresak-esak. Tidak dinafikannya Tae Won amat rapat dengannya selama dia menetap di sana. Ambil subjek yang sama, berada dikelas yang sama membuatkan mereka makin rapat. Malah, Tae Won merupakan kenalan pertama yang menegurnya disaat dia terpinga-pinga dikawasan kampus itu. Oh Tae Won, baru sehari berpisah, aku sudah terasa kosong duniaku ini.

Ku Seru Cintamu Bab 1 | Koleksi Cerpen & Novel Online 

❤Dah baca, cuba la komen lak. tQ❤

No comments:

Post a Comment

♥Budak Chubby mintak Comment♥