❤FolloW me❤

Wednesday, January 22, 2014

Ku Seru Cintamu - Bab 2



“Lisya sayang,” Izureen tersentak bila ditegur dari belakang. Merundum semangatnya. Dia berpaling.
“Along,” pantas sahaja dia berlari dan masuk ke dalam pelukan abang sulungnya itu.
“Adik along, akhirnya balik jua,” rambut panjang Lisya diusap lembut dan dicium sepenuh hati.
“Along rindu Lisya erk?” pipi alongnya ditarik kuat sehingga alongnya menjerit kesakitan. Oh ibu, perangai anak dara ini tidak berubah walaupun tiga tahun memisahkan kami.
“Aduh! Sakit pipi along, Lisya!” pipinya digosok berulang kali. Sabar je la aku dengan budak sorang ni.
“Kenapa terjerit-jerit kuat tu Fazree?!” itu dia... suara Tok Wan dah kedengaran.
“Erk... along. Tok Wan mai sini?” bulat mata Lisya memandang alongnya.
“Yup. Baik Lisya pi masuk pakai tudung,” gesa alongnya. Izureen mula cemas. Bukan kerana tok wan, tetapi dia tahu, keluarga besarnya akan muncul nanti. Oh rambutku. Langkah kaki Izureen terpaku dimuka pintu bila suara sepupu-sepupu lelaki mula kedengaran begitu hampir dengan pintu tempat dia berdiri. Tak sempat masuk! Lantas dengan aksi lari pecut, Izureen mendapatkan alongnya. Baju t-shirt yang dipakai oleh abangnya itu, cuba dibuka.
“Eh... Lisya nak buat apa nie?”
“Tolong Lisya, Along. Diorang dah ada dekat dengan pintu. Buka baju along. Lisya nak tutup rambut Lisya. Cepat along,” lengan Fazree digoncang kuat. Fazree mengalah. Sayang adiklah katakan. Cepat sahaja baju dipecat dari tubuh dan kepala adiknya itu ditutup .
“Oi Fazree, awat hang duk tayang body kat taman ni oi. Buat freeshow ka apa?” mai dah. Dia mai dah! Nasib baik Fazree sempat menyelamatkan aurat adik kesayangannya. Rela membuat aksi separuh bogel ditaman demi adik yang tercinta. Dia menayangkan sengih kepada sekumpulan seramai lima orang pemuda yang kini berjalan menghampiri tempat mereka berdiri. Izureen memeluk kemas abangnya. Cuba menyembunyikan diri dibelakang tubuh sasa itu. Dalam masa yang sama jantungnya berdetak hebat. Seperti menghasilkan popcorn. Tidak putus dia berdoa agar lelaki itu tiada distu.
“Hang buat maksiat erk. Sapa kat belakang hang tu? Minah mana yang sedap duk peluk hang tu?” Izureen terasa ingin pengsan. Baju abangnya ini tidak dapat menutupi keseluruhan rambutnya yang panjang tidak terikat.
“Hoi, mulut hang cabul no. Jangan rapat sangat dengan aku. Lisya ada kat belakang ni. Tak dan nak pakai tudung,” terkeluar juga loghat utara abangnya.
“Eh, Lisya da balik ka? Mana dia? Keluaq la cik Lisya oi. Bukan orang lain pun. Sepupu sendiri juga aih,” Munir sudah tergelak-gelak dihadapan Fazree.
“Kau nak aku hempuk kepala kau ke? Aurat adik aku ni oi,” marah Fazree walaupun dia tahu Munir hanya bergurau. Bimbang juga dia kalau Munir dan sepupunya yang lain terjah dibelakangnya.
“Alahai kau nie, aku gurau je la,” Munir tersengih. Fazree mengangguk.
“Fazree, kasi kat Izrin,” Izureen terasa ingin rebah disitu. Suara itu. Panggilan itu. Dia ada disitu. Terasa lututnya makin longgar. Pelukan pada tubuh sasa abangnya makin longgar. Fazree pantas mencapai tudung yang dihulurkan oleh Behzad, anak mak langnya.
Thanks, Zad,”Fazree mencapai lengan adiknya dan berpaling mengadap tubuh kecil itu. Dapat dilihat peluh dingin didahi adiknya itu.
“Pakai ni Lisya,” Fazree membantu Izureen menyempurnakan pemakaian tudungnya bila dia melihat tangan itu terketar-ketar ketika hendak menyarungkan tudung.
“Okay sayang?” soal Fazree bimbang.
Gwen-chana oppa. Kamsahamnida,” Izureen tersenyum. Dia cuba berlagak selamba.
“Amboi, keluaq dah korea dia,” usik Hamizan. Dia cuba mengintai wajah itu tetapi terlindung dengan tubuh Fazree yang sedang menyarung kembali bajunya.
“Hai guys. Assalamualaikum,” akhirnya Izureen keluar dari tempat persembunyiannya.
“Wah! Putih melepak hang la ni. Kena badi Korea ka apa?” membulat mata Fikri melihat Izureen. Makin cantik. Makin putih. Makin menawan.
“Ya la. Mata pun sepet dah,” usik Hamizan. Tergelak jejaka-jejaka dihadapan Izureen ini. Hai mak. Kalah seribu orang kalau mereka ni gelak. Lain pula dengan Behzad. Matanya terpaku pada wajah itu. Sesaat. Dua saat. Dan seterusnya. Izureen sedar akan semua itu namun dia cuba untuk bertenang. Lelaki itu, dia masih tampan seperti dulu. Badannya makin sasa. Fazree menyembunyikan senyum bila melihat gelagat kedua-duanya. Sekilas ikan di laut.
“Mana hang tau aku pi Korea?”
“Ada orang habaq la. Kau je tak tau,” Izureen mengerut dahi. Siapa yang tahu? Seingatnya dia tidak pernah memberitahu sesiapa, hatta keluarganya sendiri.
“Lisya masuk dulu. Nak jumpa Tok Wan,” terus sahaja langkahnya di atur. Tidak betah untuk terus berada disitu. Pandangan mata itu membuatnya sesak. Sesak dengan kenangan yang cuba dilupakan. Langkah kakinya dilajukan. Mata Behzad tidak lekang dari memandang susuk tubuh itu sehinggalah Izureen hilang dari pandangannya.
“Awat hang panggil dia Izrin? Lain dari yang lain hang ni,” komen Shahrul. Dari tadi dia cuba bersuara namun ia seakan-akan tersekat bila melihat kedua-duanya seperti menyimpan sesuatu. Dari tadi dia memerhati kedua-duanya bermula dari saat Behzad tahu bahawa Izureen yang sedang memeluk Fazree tadi tidak memakai tudung. Cepat sahaja tindakannya meninggalkan kumpulan mereka untuk kembali masuk ke dalam rumah dan tiba semula bersama dengan tudung buat Izureen.
“Dari dulu lagi aku panggil dia Izrin. Awat baru sekarang hang tanya?” balas Behzad. Kini baru mampu dia bersuara. Hamizan mengangguk setuju dengan jawapan Behzad. Fazree pula tersenyum. Belum tiba masanya untuk membongkarkan permasalahan yang belum diselesaikan.
“Tak dak aih. Bukan nak mempertikaikan. Tapi aku tengok hang duk jaga dia, perhati dia serupa ada taman dalam hati,” nah! Sebiji terkena atas batang hidung. Ketara sangat ke? Mukanya kembali memerah. Macam mana mereka boleh perasan ni? Adui mak!
“Dah, kau jangan nak cuba laga-lagakan orang. Ingat, yang kau duk kenen-kenenkan tu adik aku,” perut Shahrul disikunya.
“Alah Fazree, bertuah tau aku kenen-kenenkan Behzad ni dengan Lisya. Kau jugak dapat adik ipaq yang hensem macam nie ha,” tunjuknya pada Behzad.
“Kalau Behzad tak nak, aku nak masuk line,” ujar Munir selepas itu tawanya terhambur. Behzad hanya tersenyum.
“Kalau hang rasa nak makan periuk belanga, hang cubalah cari pasai dengan tunang hang tu,” tempelak Fikri. Dia juga tergelak. Tak sanggup nak membayangkan Munir dihukum oleh Yanti, tunangnya. Pernah sekali Munir membuat onar. Kononnya hendak menguji tahap cemburu Yanti. Maka ia memang terbukti positif cemburu. Yanti mengamuk sehingga periuk belanga hampir mengena batang hidungnya. Nasib baik tidak patah. Munir mengambil masa berminggu-minggu untuk memujuk tunangnya itu.
“Aku nak masuk dalam jap,” terasa ada tarikan yang memaksanya untuk masuk ke dalam rumah. Dia ingin menatap sepasang mata bening itu. Sepasang mata yang banyak mengalirkan air mata kerananya.
“Nak buat apa? Khemah kita tak set up lagi ni,” Behzad hanya mengangkat tangan sambil berlalu pergi.
“Biarlah dia pergi kejap,” celah Fazree.


Novel : Ku Seru Cintamu 2 | Koleksi Cerpen & Novel Online 

❤Dah baca, cuba la komen lak. tQ❤

No comments:

Post a Comment

♥Budak Chubby mintak Comment♥