❤FolloW me❤

Thursday, March 13, 2014

Ku Seru Cintamu - Bab 3



Izureen duduk ditengah-tengah antara ibu dan tokwannya. Matanya liar memerhati sanak saudara yang kini hampir memenuhi ruang tamu rumahnya. Semuanya berkumpul dirumahnya untuk beraya bersama. Maklum sahaja dia tidak mempunyai kampung. Sudah menjadi tradisi keluarganya untuk beraya dan berkumpul bersama-sama pada malam raya untuk beraya bersama-sama. Tahun ini tiba giliran rumahnya yang menjadi tumpuan keluarga besarnya. Itu yang diberitahu ibunya sebentar tadi. Dan sudah menjadi tradisi, yang lelaki akan tidur di khemah manakala yang perempuan akan berkongsi bilik. Nasib ibu dan bapa saudaranya baik kerana bilik dirumah ini banyak yang kosong, jadi tak perlulah mereka berkongsi bilik dan tidur berasingan.
Behzad melangkah masuk ke dalam rumah. Laju langkahnya menuju ke ruang tamu setelah melihat Izureen yang sedang duduk disamping ibunya. Rancak sahaja dia bercakap. Sesekali ketawanya memecah suasana diruang tamu yang kian dipenuhi sanak saudara. Dia bersalam dengan keluarganya  yang baru sahaja tiba. Izureen yang sedar akan kehadiran lelaki itu mula mengunci mulut. Membisu. Memandang hanya untuk seketika.
“Cuti lama ke Zad?” Behzad mengambil tempat disebelah Tuan Rashid.
“Dua minggu, pa. Zad sengaja ambil cuti panjang,” Izureen memasang telinga walaupun dia membisu. Mukanya ditunduk. Bahu tok wan dijadikan sandaran.
“Kes pecah amanah tu dah selesai ke?” Datuk Anuar pula mencelah. Ingin tahu perkembangan semasa anak saudaranya itu.
“Alhamdulillah, dah selesai abah. Setiausaha Datuk sendiri mengaku salah,” Izureen pantas mengangkat kepala bila mendengar Behzad memanggil bapanya dengan panggilan ‘abah. Bukan dengan panggilan pak long seperti yang dipanggilnya sebelum ini. Matanya memanah tajam mata Behzad tapi hanya untuk seketika. Kepalanya terasa pening tiba-tiba. Makin bertambah pening bila terdengar suara bayi menangis. 
“Lisya dah mengantuk. Lisya minta diri dulu,” Behzad terdiam. Dia memandang sayu ke arah Izureen.
“Pergilah,” Izureen mengangguk setelah dibenarkan ibunya. Hilang sahaja bayang Izureen dari pandangan mereka, tok wan memandang Behzad.
“Pujuklah dia Zad. Tak baik biarkan lama-lama. Takut jadi barah pulak. Sampai nak dibiarkan Lisya tu? Nanti makin teruk jadinya. Tok wan ni bukannya makin muda. Nak tengok juga korang bahagia. Mama dengan papa kau ni nak juga peluk menantu mereka. Jangan ikut sangat darah muda kamu tu,” Behzad menundukkan muka.
“Lisya tu, nampak saja keras tapi hati dia lembut, Zad. Pujuk dia Zad. Jangan biar pisang berbuah dua kali. Masa tu menyesal pun tak berguna lagi,” Behzad mengangkat muka memandang tok wan. Bergenang matanya bila teringatkan kisah lalu.
“Zad tahu tok wan. Dulu Zad tahu Zad salah. Maafkan Zad abah, ibu”
“Benda dah jadi Zad, tak payah nak dikenangkan lagi. Abah tak kisah dah. Yang penting sekarang ni, Zad kena pujuk Lisya. Abah tak nak tengok dia terumbang-ambing lagi dah,” bahu Behzad ditepuk berulang kali. Nak dimarah, benda dah jadi. Nak dipukul, anak saudara sendiri, dah jadi menantu pula. Apa yang penting sekarang ini, satukan mereka berdua.
“InsyaALLAH, abah,” Behzad tersenyum tawar. Macam mana hendakku pujuk hatinya yang sudah sedia terluka. Bertahun diperantauan membawa hati parah itu. Tidak terubat.
“Zad, jomlah! Pasang khemah. Kau nak tidur kat luar ke malam ni?” laung Faris, abang kepada Fikri. Behzad mengangkat tangan kepada Faris. Behzad mengangkat tangan kanannya tanda bersabar.
“Zad keluar dulu,” dia mengangkat punggung dan segera berlalu. Nasihat tok wannya disimpan kemas didalam kepala. Hati Izureen pasti akan ditawannya kembali.

Setelah solat subuh berjemaah tadi, dia cuba mengintai wajah Izureen dikalangan jemaah, tetapi sayang, wajah itu tiada. Ibu mentua merangkap mak longnya menunding jari ke atas tanda Izureen masih dibiliknya. Berbekalkan kunci bilik yang diserahkan Datin Izureen sebentar tadi, dia memberanikan diri mencerobohi bilik wanita itu. Perlahan-lahan dia duduk dibirai katil. Matanya tidak lari dari menatap wajah Izureen yang tidur pulas dengan selimut tebal. Rambut panjang isterinya itu dibelai penuh kasih. Sedih dia melihat air muka Izureen ketika itu. Walaupun tenang, namun dia dapat mengesan kesan air mata dan lingkaran hitam pada mata Izureen. Dia tahu Izureen menangis semalaman. Mungkin kerananya atau mungkin terkenangkan anak yang telah tiada atau mungkin kedua-duanya. Maafkan abang, Rin.
“Sayang, bangun. Subuh dah nak habis,” bahu Izureen ditepuk lembut untu mengejutkan isterinya dari tidur.
Wake up, sayang,” Izureen mengeliat kecil bila terasa hembusan hangat ditelinganya. Pandangannya kabur. Figura dihadapan matanya cuba dikenalpasti. Matanya terbuka luas saat melihat wajah Behzad dekat dengan mukanya. Pantas tangannya menolak tubuh Behzad jauh darinya sebelum bangun dari pembaringan.
“What are you doing here?!” soalnya menahan geram. Sesenang hati menceroboh masuk kebiliknya. Behzad tersenyum. Terima sajalah kemarahan isterinya. Mulakan langkah pertama untuk memikat hati Izureen.
“Solat first sayang. Dah lewat dah ni,” Behzad tidak mempedulikan kemarahan isterinya.
“Mind your own business,” tuala dicapai dan terus melangkah ke bilik air. Langsung tidak mempedulikan lelaki itu. Malas untuk bergaduh pada dinihari.
Sementara menunggu Izureen selesai mandi, dia mengemas katil isterinya. Baju bayi yang berada dibawah bantal isterinya dijumpai semasa mengemas katil di ambil dan di usap perlahan.
‘Maafkan papa, Hafiz,’ baju itu dicium berulang kali. Seandainya Hafiz masih bernyawa, sudah tentu anaknya itu sudah pandai memanggilnya papa, memanggil Izureen dengan panggilan mama. Seandainya dia tidak membuat onar satu tika yang lepas, sudah tentu anaknya itu masih lagi bernyawa.
‘Papa tak sempat nak tatap wajah Hafiz. Papa tak tahu kewujudan Hafiz dalam perut mama saat mama kandungkan Hafiz. Papa yang bersalah kerana tidak ambil peduli tentang hidup mama Hafiz. Papa yang salah,’ monolognya lagi menghitung kesilapan lalu. Behzad cepat-cepat meletakkan kembali baju bayi itu ditempat asal apabila mendengar tombol pintu bilik air dipulas. Selamba sahaja lagak Izureen berkembam keluar dari bilik air walaupun dia menyedari Behzad masih berada dibiliknya. Behzad menelan liur. Sabar Behzad. Sabar. Jantungnya seakan ingin melompat keluar. Paha dan betis Izureen dipandang berulang kali.
Pakaiannya disarung satu persatu. Behzad meraup muka beberapa kali. Seksa sungguh dirinya melihat gelagat isterinya itu. Izureen melihat reaksi Behzad dari hujung mata. Bukan dia tidak perasan resah yang melanda suaminya itu. Bukan dia tidak perasan liur yang berkali-kali ditelan oleh Behzad. Semuanya dia tahu. Sengaja dia bereaksi sebegitu dihadapan lelaki itu. Hendak menyiksa batin suaminyakah? Entah! Malas dia hendak berfikir. Kalau dihalau keluar pun, belum tentu suaminya itu akan keluar. Dia tahu dan sedar tahap kedegilan suaminya itu. Dia pasti keluarganya sudah tahu akan hal mereka berdasarkan pemerhatiannya semalam. Kalau tidak, takkan sesenang itu Behzad dapat menapak masuk ke bilik ini yang sudah dikuncinya semalam.
“Sayang tak solat?”
“Cuti,” jawabnya sepatah. Behzad mengangguk kepala tanda faham. Behzad memerhati lagi isterinya yang sudah duduk dihadapan meja solek. Merias mukanya dan memakai tudung. Comel sekali isterinya itu dengan baju kurung berwarna pink dan hitam. Tudung pula bewarna kuning matahari. Blocking. Sesuai dengan penampilan isterinya. Cantik dan menawan hati sesiapa yang melihatnya. Behzad pula terbayangkan baju melayunya.
‘Tak sedondon pula pakaian kita, sayang,’ detik hatinya. Izureen memerhati Behzad yang duduk dibirai katil sambil memerhatikannya. Berdebar juga hatinya. Siap sahaja berdandan, Izureen melangkah ke pintu menuju ke beranda. Langsir ditolak dan pintu beranda dibuka. Angin pagi menyapa nyaman mukanya. Indahnya nikmat-Mu, Ya Allah. Dari beranda bilik, dia dapat melihat sepupu-sepupunya yang sudah siap berbaju raya. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, semuanya berhias dengan cantik. Bergurau senda sesama mereka. Tampak sungguh meriah.
Behzad menghampiri isterinya. Tubuh itu dipeluk dari belakang. Erat sekali pelukannya. Menyalurkan rasa sayang buat si isteri. Dia sudah tidak kisah akan sepupu-sepupu mereka yang mungkin akan melihat aksinya ketika itu. Izureen kaku. Tubuhnya dipusing menghadap si suami. Dahinya dikucup lama.
“Selamat hari raya, sayang. Ampunkan semua kesalahan abang sepanjang perkahwinan kita. Ampunkan salah silap abang. Abang bersalah sebab abaikan sayang. Abang bersalah dengan sayang. Abang bersalah dengan anak kita. Maafkan abang walaupun abang tahu abang tak layak untuk dimaafkan. Abang sayangkan sayang,” Izureen menarik nafas panjang. Anak kita. Mata Izureen berkaca. Tubuh Behzad ditolaknya.
“Anak kita dah tak ada,” hampir tidak kedengaran suaranya. Jika diikutkan hati Izureen, mahu sahaja dia menjerit memarahi Behzad. Tapi, kenapa tiba-tiba sahaja ada rasa tanggungjawab sebagai seorang isteri menyelinap masuk kedalam hatinya? Tangan Behzad dicapai dan diciumnya.
“Selamat hari raya,” Behzad terpaku. Adakah itu bermakna Izureen sudah memaafkannya?
“Sayang maafkan abang?”
“Tak semudah itu,” tangan Behzad dilepaskan. Behzad akur. Hati isterinya masih ada luka yang tak mampu disembuhkan olehnya kerana dialah penyebab luka itu.




❤Dah baca, cuba la komen lak. tQ❤

3 comments:

  1. saya ingatkan dekat blog boleh baca bab seterusnya tapi x ada.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, CP singgah sini membacatapi tak sempat nak baca abes, hehehe..

    ReplyDelete
  3. ur blog review here :D

    http://dariilhamkehati.blogspot.com/2015/02/9-blog-review-chek-atiens-blogg.html

    ReplyDelete

♥Budak Chubby mintak Comment♥